
Seperti yang kita semua ketahui, Aishah merupakan juara untuk Gegar Vaganza musim keempat. Kali ini kami nak kongsikan dengan anda tentang 10 fakta living legend ini.
1. Aishah merupakan anak jati kelahiran Jempol di Negeri Sembilan. Aishah mula terlibat dalam bidang nyanyian pada tahun 1983 selepas memenangi satu pertandingan talent time. Dia juga pernah merakam lagu bersama penyanyi Malek Ridzuan.
2. Pernah menggunakan nama Natasha Aminah kerana tidak mahu bapanya mengetahui dia membabitkan diri dalam bidang hiburan.
3. Melanjutkan pelajaran di University of Auckland, New Zealand dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak dan Sains Politik.
4. Ketika dia di New Zealand, Aishah menganggotai kumpulan The Fan Club sebagai vokalis. Band ini juga turut dianggotai pengkritik muzik Paul Moss sebagai pemain gitar.
5. Ketika bersama kumpulan The Fan Club, Aishah melahirkan dua album iaitu Sensation (1988) dan Respect The Beat(1989).
6. Single “Don’t Let Me Fall Alone” dari The Fan Club pernah menduduki carta Billboard 100 di Amerika Syarikat, selain pernah dinobatkan sebagai Artist Of The Year dalam majlis penganugerahan New Zealand Music Awards.
7. Merakamkan album bahasa Melayu pertama terbitan Allahyarham Adnan Abu Hasan.
8. Lagu seperi Janji Manismu, Camar Yang Pulang, Bahtera Merdeka dan Syurga Di Telapak Kaki Ibu pernah meletup dan menjadi siualan sehingga kini.
9. Asihah sudah melahirkan 10 buah album
10. Pernah tiga kali gagal dalam perkahwinan, Aishah memaklumkan telah berkahwin kali keempat namun memilih untuk merahsiakan identiti suaminya. Melalui dua perkahwinan terdahulu, Aishah dikurniakan dua anak lelaki, Armand Zahari, 24, dan Azhad Ahlami, 19.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.