Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Tiada Lagi ‘Bukan Sesiapa Dow’, Akhirnya Nama ‘4FORTY’ Dipilih - “Kami Dapat Ilham Daripada Tok Ram”

4FORTY mahu fokus hasilkan karya berbeza!
Izwan
01 Feb 2023, 12:56 AM

Kumpulan penyanyi, Bukan Sesiapa Dow yang pernah menganggotai kumpulan VE di pentas Gegar Vaganza akhirnya membuat pengumuman pilihan nama kumpulan baharu mereka.

4FORTY merupakan nama dipilih semua ahli kumpulan menggantikan nama sementara mereka sebelum ini iaitu Bukan Sesiapa Dow.

tiada lagi ‘bukan sesiapa dow’, akhirnya nama ‘4forty’ dipilih - “kami dapat ilham daripada tok ram”

Menurut Adeep Nahar, dia selaku salah seorang ahli kumpulan berbesar hati apabila keputusan sebulat suara telah diambil sesama mereka.

Malah, mereka juga memilih nama tersebut dengan mendapat ilham daripada Datuk Ramli MS yang pernah menjadi juri di Gegar Vaganza ketika itu.

“Nama ini sebenarnya kami dapat ilham dengan Tok Ram sebab setiap kali kami berlatih mesti dia akan cakap kami kena nyanyi forty forty (vokal yang tepat).

“Jadi daripada situ kami mula berbincang untuk nak rebrand dengan nama kumpulan tersebut terjadilah sekarang ini,” katanya ketika ditemubual bersama SINAR.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Ketika ditanya berkenaan karier muzik mereka, semua ahli kumpulan teruja apabila mengatakan mereka akan mengeluarkan lagu terbaru dengan genre yang berbeza.

“Tentang muzik, kami memang akan lagi fokus dan tak lama lagi bulan Februari kami akan keluarkan lagu terbaru kami, konsep yang berbeza, jadi kena tunggu,” jelasnya ketika ditanya semasa sesi temubual eksklusif bersama SINAR.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

4FORTY yang dianggotai oleh Adeep, Cham, Hakim dan Fakhiz menegaskan mereka akan terus berkarya dan mahu menolak tepi kisah lama daripada berulang kembali.

Tambahnya, mereka berharap semua peminat akan terus menyokong mereka dan meminati karya-karya yang akan dihasilkan dan dilancarkan tidak lama lagi.

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.