Berikutan tuduhan yang dilemparkan kepada selebriti tanah air Malaysia, tuan empunya diri Datuk Fizz Fairuz menegaskan dia akan mengambil tindakan terhadap individu tang menjaga akaun Makcik Puaka jika pemilik IG tersebut tidak membuat permohonan maaf.
" Saya sudah kenal pasti 70 peratus individu itu dan dia adalah orang dalam bidang seni juga."
"Saya bukan mahu membuka aib dia tapi saya mahu dia berjumpa dengan saya dan beritahu apa sebenarnya masalah dia.
"Jika dia tidak mahu bertemu dalam sidang media, dia boleh jumpa saya sendiri secara empat mata.
Fizz Fairus meluahkan rasa kesal dengan fitnah tanpa asas ini yang disebarkan melalui akaun tersebut. Fizz mengatakan yang fitnah tersebut menganggu dan merosakkan imej dan kerjayanya.
"Saya dah tahu siapa dia jika dia mahu menyelesaikan isu ini dengan baik dan kerjasama.
"Saya boleh menutup identitinya jika dia mahu berjumpa saya dan menyelesaikan isu ini dengan baik." Ujar Fizz Fairuz yang ditemubual oleh Mstar.
Sumber Mstar.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.