cerita artis Abang Misha Omar Kembali Ke Rahmatullah, Salam Takziah Al-Fatihah. Editor 25 Jun 2020, 06:19 PM Share Tweet Penyanyi tanah air, Misha Omar berkongsi berita sedih apabila abangnya iaitu Ahmad Shafuan Abg Rahman meninggal dunia pada hari Rabu di Hospital Seremban, Negeri Sembilan.Menurut perkongsian Misha di laman Instagram miliknya, disebabkan kesihatan Allhyarham semakin merosot sejak dua tahun lalu, arwah terpaksa berhenti bekerja di sebuah syarikat di Nilai, Negeri Sembilan.Menerusi perkongsian tersebut, Misha berharap semua pihak yang mengenali Ahmad Shafuan supaya memaafkan segala kesalahan dan menghalalkan makan minum sepanjang perkenalan bersama arwah.“Doakanlah, semoga ruh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan segala amalan baik Allahyarham diterima di sisi Allah SWT“Doakan lah juga, waris yang ditinggalkan Allahyarham, Shazwan Hazique, Syakirin & Shaukie, serta balunya, Mala Rotina diberikan ketabahan berdepan kenyataan yang menyakitkan ini,kehilangan insan tersayang. Al fatihah.”Takziah diucapkan kepada keluarga arwah. Al-Fatihah. View this post on Instagram Assalamualaikum,.. Dengan penuh rasa dukacita, saya mewakili keluarga ingin memaklumkan bahawa Abang saya ( seibu berlainan bapa), Ahmad Shafuan bin Abd Rahman telah kembali ke rahmatullah menjelang tengahari semalam di Hospital Seremban dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan ar-raudhah, Kota Seri Emas lewat petang semalam...Allahyarham abang Kak Mitch pernah berkhidmat di Ingress Precision Sdn Bhd, sebelum melepaskan jawatan ekoran kesihatannya semakin merosot 2 tahun kebelakangan ini..Andai ada teman-teman Kak Mitch yg mengenali Allahyarham Abg Wan, kak mitch mohon ampunkan salah silap abang kak mitch, halalkanlah makan minumnya sepanjang kalian bersilaturahim di sepanjang hayatnya..Doakanlah, Semoga ruh Allahyarham di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman dan segala amalan baik allahyarham diterima di sisi Allah swt..Doakan lah juga, waris yang ditinggalkan allahyarham, Shazwan Hazique, Syakirin & Shaukie, serta balunya, Mala Rotina diberikan ketabahan berdepan kenyataan yang menyakitkan ini,kehilangan insan tersayang... . Al fatihah....A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on Jun 24, 2020 at 7:02pm PDTSumber: Instagram Share Tweet Filled Under : abang mishaomar meninggaldunia takziah sinar ceritaartis *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.