Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Amy Search Mengundur Diri Sebagai Vokalis Search

Pengunduran ini bukan bermakna beliau akan bersara.
Editor
30 Mar 2020, 11:40 AM

Vokalis utama Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy mengumumkan dirinya keluar dari kumpulan tersebut.

amy search mengundur diri sebagai vokalis search

Pengumuman mengejutkan itu dibuat sewaktu Amy bersiaran secara langsung bersama Astro Gempak dalam satu segmen pada Ahad petang.

"Saya dengan ini secara rasmi mengumumkan untuk mengundurkan diri sebagai vokalis Search," kata Amy, membuat para peminat yang menonton terkejut.

Pengunduran yang dibuat Amy adalah untuk memberi peluang buat anggota Search yang lain mengorak langkah tanpa bergantung atau tersekat kerana dirinya.

Bahkan juga, Amy kini berusia 62 tahun dan tidak memiliki kualiti vocal seperti berusia 26 tahun.

"Hal itu terjadi kepada semua penyanyi di seluruh dunia. Saya bukan 26 tahun, tapi 62 tahun. Saya menyanyi apabila dipanggil dalam show atau persembahan tertutup. Saya kira ia sesuai dengan peredaran masa di mana jika dulu peminat yang membesar bersama saya menonton saya menyanyi di konsert, tapi saat usia meningkat banyak yang memilih untuk menyaksikan persembahan saya secara tertutup," terang Amy.

Meskipun Amy akan bergerak solo selepas ini, beliau berkata dia masih akan menyanyi lagu-lagu Search dan pengunduran ini bukan bermakna beliau akan bersara. Sebaliknya, Amy akan meneruskan karier solo mengikut usianya.

Sumber: Awani / Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.