Pelakon anggun jelita, Mira Filzah berkongsi kegembiraan bersama orang ramai kerana anak buahnya, Umar ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di The Anderson School Citywide & Talented di New York, Amerika Syarikat.
Menurut perkongsian Mira di Instagram, sekolah tersebut merupakan sekolah nombor satu di New York dan hanya membuka kemasukan untuk 50 pelajar cemerlang setiap tahun.
"Saya 'repost' daripada abang ipar saya, saya sangat emosi sekarang, saya menangis! Umar dah besar.
"Kebolehan dan prestasi akademik Umar telah melebihi apa yang sepatutnya dicapai pada umurnya,
"Semoga Allah selalu menyelamatkan kamu, kemana saja kamu pergi, saya doakan supaya kamu tak pernah lari dari perlindungan Allah," tulisnya di ruangan kapsyen.
Sebelum ini, Umar telah menjalani persekolahan di Amerika Syarikat kerana kakak dan abang ipar Mira menetap di sana.
Sumber: Gempak / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.