Pelakon Dwayne ‘The Rock’ Johnson berasa terharu bahawa anak perempuannya, Simone Johnson mengikut jejak langkahnya dalam sukan gusti.
Menurut pelakon tersebut dalam temuramah dengan The Tonight Show, Johnson, 48, berkata bahawa anaknya akan memulakan latihan awal tahun ini.
“Dia telah menandatangani kontrak bersama WWE.
“Ia agak mengejutkan. Tetapi ini merupakan satu penghargaan, anak perempuan saya ingin mengikut jejak saya.”
Pada Februari lalu, Simone Johnson, 18, telah mengumumkan dia telah menandatangani kontrak bersama WWE.
“Ini amat bermakna bagi saya. Keluarga saya mempunyai sejarah dalam sukan gusti. Ini sangat istimewa bagi saya dan saya bersyukur dapat peluang ini, bukan sahaja untuk bergusti tetapi untuk teruskan legasi keluarga.”
Simone Johnson adalah bintang WWE pertama yang merupakan generasi keempat, selepas bapanya, Dwayne Johnson, Datuknya, Rocky Johnson, yang telah meninggal dunia pada Januari lepas dan moyangnya, Peter Maivia.
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.