Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Ardell Aryana Selamat Melahirkan Anak Pertama Selepas 16 Jam Bertarung Nyawa

Tahniah Ardell dan Adhwa sudah bergelar ibu bapa.
Editor
05 Jun 2020, 03:33 PM

Pelakon Ardell Aryana telah selamat melahirkan cahaya mata pertama bersama suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa pada awal pagi tadi selepas menahan sakit lebih 16 jam.

ardell aryana selamat melahirkan anak pertama selepas 16 jam bertarung nyawa

Menurut perkongsian suaminya, Adhwa di Instagram, pada pukul 2.22 pagi tadi Ardell telah melahirkan anak sulung mereka secara normal.

"Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Terima kasih keluarga kami yang tak tidur tak lekang dengan mendoakan kami. Terima kasih atas doa baik-baik daripada kalian semua.

"Isteri saya telah selamat melahirkan @babyadhwardell secara normal pada hari Jumaat yang mulia ini, 5 June 2020, pukul 2.22.22s pagi tadi selepas berjuang menahan sakit lebih 16 jam," tulisnya di Instagram.

Namun, Adhwa tidak mendedahkan jantina bayi mereka lagi.

Dalam perkongsian tersebut, Adhwa turut memuat naik gambar dirinya menyambut kelahiran anak sulung mereka yang kini turut mempunyai akaun Instagram sendiri.

Selain itu, Adhwa berkata, perasaannya kini juga sukar digambarkan selepas selamat bergelar seorang bapa.

ardell aryana selamat melahirkan anak pertama selepas 16 jam bertarung nyawa

"Tak tahu nak cakap mana perasaan tu. Sedih, sayu , gembira semua bercampur bila melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri.

"Terima kasih Dr Khamsiah Muda @andorrahospitalofficial kerana sama-sama berjuang dengan @ardellaryana. Sekali lagi terima kasih atas doa kalian semua," kongsinya.

Adhwa dan Ardell diijab kabul pada 1 September 2019. Pasangan itu kemudian berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak sulung pada Disember lalu.

Tahniah diucapkan kepada Ardell dan Adhwa sudah bergelar ibu bapa! Semoga ibu dan anak sentiasa sihat dan selamat.

Sumber: Gempak / Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.