Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada Disember 2019, banyak perkara yang berubah dengan cara hidup manusia di seluruh dunia. Bahkan para selebriti terpaksa menghentikan aktiviti seni mereka disebabkan ingin mematuhi peraturan dan SOP baharu yang ditetapkan mengikut negara tersebut demi mengekang penularan virus ini.
Di Malaysia, ramai orang lebih memilih meluangkan masa dengan bercucuk tanam, berkebun atau menjaga tanaman indoor sepanjang pandemic ini. Malah, ada beberapa selebriti Bollywood jadikan hobi ini sebagai alternatif untuk menghabiskan waktu di rumah ketika perintah berkurung.
Sekadar informasi, sehingga September, India mencatat lebih empat juta kes Covid 19 dan masuk dalam kelompok tiga negara dengan penularan yang cukup tinggi.
Berikut beberapa selebriti yang menghabiskan masa mereka di rumah dengan berkebun atau bercucuk tanam.
1. Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan
Pasangan Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan memiliki 'kebun mini' di balkoni rumah mereka.
Biarpun mereka memiliki ruang balkoni yang agak terhad, pasangan selebriti ini tetap bercucuk tanam dan berkongsi hobi ini bersama anak mereka, Taimur Ali Khan.
Paling mencuri pandangan adalah lukisan bentuk bunga yang dilukis sendiri oleh Saif Ali Khan di 'kebun mini' tersebut.
2. Akshay Kumar dan Twinkle Khanna
Akshay Kumar dan Twinkle Khanna merupakan satu lagi pasangan selebriti yang melakukan hobi berkebun bersama sama.
Diketahui keduanya bercucuk tanam termasuk sayuran di sebuah halaman yang luas.
3. Juhi Chawla
Aktres Juhi Chawla juga menjadikan bercucuk tanam sebagai 'sahabat baharunya'. Juhi diketahui menanam pelbagai jenis sayuran seperti tomato dan daun herba termasuk ketumbar.
Selain itu Juhi Chawla juga diketahui mengusahakan projek tanaman dengan nama Mega Man Made Forest dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk kampung yang kehilangan pekerjaan sepanjang pandemik Covid 19 melanda dunia.
4. Kangana Ranaut
Cara Kangana Ranaut menghijaukan kawasan kediamannya yang merupakan apartemen adalah dengan mengupah pakar lanskap dari Oikos Ecological Solutions untuk menanam pokok yang sesuai. Selain pemilihan pokok, pihak terbabit juga perlu menyesuaikan pasu cantik yang akan disusun di balkoni kediamannya.
5. Shilpa Shetty
Seorang lagi heroin Bollywood yang selalu berkongsi aktiviti dirinya sedang menjaga tanaman di halaman rumahnya yang luas adalah Shilpa Shetty.
Shilpa selalunya akan menyiram tanaman atau berkebun selepas melakukan aktiviti yoga.
Tidak hanya memiliki tanaman jenis hiasan, Shilpa juga diketahui menanam sayuran seperti terung dan cili.
6. Mouni Roy
Berbeza dengan selebriti lain, Mouni Roy menghabiskan masa saat perlu berdiam di rumah dengan menanam pokok hiasan seperti bunga bungaan. Biarpun kawasan kediamannya tidak begitu luas, namun Mouni dilihat bijak memanfaat semua ruang yang ada.
Sumber: GQ India / intaiceleb / Gempak
Instagram: @imjuhichawla, @kanganaranaut, @imouniroy
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.