Pelakon dan pengacara, Ashraf Muslim berkongsi satu berita yang menyedihkan di akaun Instagram beliau mengenai ayahandanya yang telah dimasukkan ke hospital disebabkan bacaan oksigen yang rendah.
Dalam entri tersebut Ashraf muat naik sekeping gambar beliau bersama ayahnya di hospital.
"Ya Allah.. teruskanlah beri senyuman kepada ayahandaku walaupun diuji dengan dugaan-dugaanmu. Aku rindukan senyumannya setiap hari yang menjadi penenang diriku sewaktu kecil hinggaku dewasa.
"Dengan senyuman itu cukup memberikan kekuatan kepadaku dan adik-adikku. Sebak bila terpaksa meninggalkan beliau di wad tadi. Dapat ku kucup dahinya dan pipinya," tulis Asraf.
Ashraf turut menulis bahawa dengan keadaan COVID-19 ketika ini, sememangnya menjadi peraturan hospital, tidak membenarkan sesiapa untuk menemani pesakit.
"Yerlah memang rule di hospital tidak boleh ada peneman di wad. Bila nak balik, ayah sempat memberi senyum disebalik mask oksigen itu.
"Risau dan takut bila melihat bacaan oksigen ayah 80 tadi. Tapi better dari sampai kat emergency tadi iaitu 68. Allahuakbar. Allah berilah kekuatan dan kesebuhan ayahku Hj Muslim. Wahai rakan-rakanku tolong doakan ayahku ya!" tulis Ashraf lagi sambil memberi salam.
Ashraf Muslim merupakan anak sulung daripada tujuh adik beradik. Selain dari berlakon, Ashraf turut menjadi pengacara dan menjadi usahawan menternak kambing.
Summer: Instagram / Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.