Pasangan selebriti Indonesia, Baim Wong dan Paula Verhouven meraikan ulang tahun pernikahan mereka pada 22 November 2020 lalu.
Sebagai sambutan ulang tahun pernikahan mereka yang kedua itu, pasangan tersebut mengumumkan mereka sedang membangunkan sebuah rumah anak yatim di Jawa Barat.
Menurut Baim, mereka sudah lama memasang niat untuk membina rumah anak yatim dan amat teruja untuk mengumumkan bahawa perancangan itu sudah 75 peratus siap.
"Alhamdulillah, hari ini dapat khabar menyenangkan. Insyaallah tanah wakaf yang luasnya 3-6 hektar, yang sudah lama saya cari untuk pesantren (rumah anak yatim) dan juga penghafal Quran, sudah 75% jadi," tulis Baim di Instagramnya.
Pelakon itu turut berkata bahawa memang beliau sengaja memilih untuk membina rumah anak yatim di daerah Puwakarta, Jawa Barat kerana ia meupakan tempat kelahiran arwah ibunya yang tercinta.
"Sengaja saya cari di Purwakarta supaya selalu boleh mengenang arwah ibu. Mungkin cara ini yang saya boleh bahagiakan mama saya. Minta doa untuk kelancarannya," tulis Baim lagi.
Bukan sahaja itu, Baim juga mengajak jika ada yang berminat untuk sama sama membangunkan tanah wakaf tersebut boleh turut memberi sumbangan. Dalam sepotong video yang dikemas kini di akaun Instagramnya,
Beliau turut berharap agar apa yang sedang diusahakan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.
"Kalau ingin ikut membantu, mari kita bangunkan rumah untuk penghafal Quran. Tidak penting berapa besar jumlahnya, yang penting niat untuk membantu sesama kita. Semoga memberi manfaat dan menambah pahala kita," tulis Baim.
Baim dan Paula sudah dikurniakan seorang putera yang diberikan nama Kiano Tiger Wong dan kini isterinya sedang hamil anak kedua.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.