Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

“Saya Mendoakan Agar Ujian Ini Dipermudahkan,” Datuk Seri Siti Nurhaliza Bimbang Keadaan Banjir Di Pahang

Semoga keluarga dan orang kampung Tokti serta mangsa-mangsa banjir berada dalam keadaan selamat ketika musim banjir ini.
Editor
04 Jan 2021, 07:16 PM

Keadaan hujan lebat dan banjir ketika musim tengkujuh yang melanda beberapa negeri di Malaysia kali ini sememangnya amat membimbangkan semua rakyat. Bahkan, kawasan-kawasan yang tidak pernah dilanda banjir sebelum ini turut terlibat.

Kerisauan ini turut dirasai oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengakui dirinya amat tersentuh dengan paparan perita, gambar dan video melibatkan kejadian banjir di negeri-negeri berkenaan.

“saya mendoakan agar ujian ini dipermudahkan,” datuk seri siti nurhaliza bimbang keadaan banjir di pahang

Menerusi akaun Instagramnya, Siti memohon doa daripada orang ramai agar semua yang terkesan dengan musibah banjir ini diberikan ketabahan mengharungi ujian ini. 

“Membaca berita, melihat paparan gambar dan video banjir di sana sini, jalan rosak, rumah dan bangunan tenggelam, banyak kemusnahan, kenderaan juga terkandas. 

“Ada yang berlapar, tidak dapat meneruskan perjalanan serta tidak dapat bergerak ke mana-mana, keadaan banjir dan air naik dengan cepat, begitu membimbangkan.

“Pada saat ini, marilah kita sama-sama berdoa agar ujian ini dapat kita harungi bersama-sama. Doa, tenaga, huluran bantuan dan apa yang kita mampu, termasuk pihak-pihak berkuasa yang saya pasti sedang bertugas, semoga Allah permudahkan dan melindungi kalian.

“Semoga hujan semakin reda, air juga akan cepat surut dan anda yang dalam perjalanan, dapat sampai ke destinasi dengan selamat,” tulisnya di entri tersebut.

Siti turut berdoa agar ibunya, Siti Salmah Bachik, 69 yang menetap di Kuala Lipis, Pahang bersama ahli keluarganya yang lain berada dalam keadaan yang baik.

“Semoga ibu, keluarga, orang kampung saya di Kuala Lipis, Pahang juga dalam keadaan yang baik dan dilindungi Allah untuk kita semua walau di mana saja kita berada,” tulisnya lagi.

Disebabkan cuaca hujan yang tidak berhenti-henti, keadaan banjir terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang serta negeri Johor menjadi amat membimbangkan. 

Sumber: Gempak / mStar

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }