Berita tentang Michael Ang memeluk islam dikongsikan sendiri olehnya minggu lalu. Michael Ang mengatakan yang dia sebenarnya mendapat hidayah kira - kira dua tahun lepas sebelum memutuskan untuk memeluk agama islam.
“Dua tahun lepas saya mendapat hidayah. Awalnya saya tidak tahu apa-apa mengenai mimpi itu sehinggalah saya google mengenainya.
“Barulah saya tahu orang yang bawa saya masuk dalam rumah itu, dalam itu sebenarnya adalah kaabah. Sejujurnya saya fikir kaabah itu adalah batu yang dibalut dengan kain. Jadi bila tengok dalam google, ianya sama dengan mimpi saya.
“Saya juga bermimpi ada teko emas tergantung dalam kaabah itu mengeluarkan air yang sangat wangi seperti bunga ros. Kemudian saya juga nampak tulisan jawi pada jubin dalam kaabah berkenaan. Sejak itu saya mula mengambil tahu mengenai Islam dan tanya sesama rakan-rakan artis,” katanya kepada mStar Online.
Mengalami kesukaran untuk membaca dalam bahasa Arab, Michael memberitahu dia tetap menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim dan menggunakan bahasa Inggeris dalam pembacaan solat.
Dalam pada itu, Michael juga meluahkan rasa syukur perjalannnya untuk memeluk Islam diterima baik oleh keluarganya.
“Walaupun saya dibesarkan dalam ajaran Budha, tetapi saya tidak diajar tentang agama itu. Pada ketika itu juga dah sudah mempersoalkan kenapa kita perlu ada banyak tuhan?
“Alhamdulillah, penerimaan keluarga sangat baik. Masa awal-awal masuk Islam, keluarga ada buat kejutan apabila bersama-saam saya meraikan hari raya pertama saya sebagai muslim. Mereka siap belikan saya lemang,” katanya.
Kredit Mstar.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.