Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

“InshaAllah Ada Rezeki Lain”, Elizad Alami Keguguran Selepas Jalani Proses IVF

Elizad alami keguguran selepas jalani proses IVF.
Editor
09 Nov 2020, 03:11 PM

Impian menjadi seorang ibu tidak kesampaian apabila pelakon, pengacara dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin disahkan mengalami keguguran baru-baru ini.

“inshaallah ada rezeki lain”, elizad alami keguguran selepas jalani proses ivf

Menurut Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Sharifuddin, 36, kandungannya tidak kuat dan berlaku pendarahan. Walaupun hanya dapat merasai kegembiraan itu buat sementara waktu sahaja, Elizad berkata dia tidak akan berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata.

“Allah bagi rasa nikmat jadi Ibu tu minggu lepas tapi Dia ambil balik. Terjentik sungguh “rasa “ itu.

“Dimaklumkan hamil minggu lepas. Masyaallah dia punya gembira tu tak tau nak kata, sebab dah lama menanti.

"Tapi kandungan tak kuat dan bleeding. Tak tau nak gambarkan perasan macam mana . Terduduk seketika,” katanya.

Elizad berkongsi berita tersebut di akaun Instagram kepunyaannya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allah bagi rasa nikmat jadi IBU tu minggu lepas . Tapi DIA ambil balik . Terjentik sungguh “ RASA “ itu . 😅 Dimaklumkan pregnant minggu lepas . Masyaallah dia punya happy tak tau nak kata , sbb dah lama menanti , tapi kandungan x kuat & bleeding . Tak tau nak gambarkan perasan mcm mana . 😊 Terduduk seketika . Tak mengapa, Inshaallah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying. See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my ivf journey. P/s : Now nak makan macam2 setelah beberapa hari “ merajuk hati “ . Ada sesiapa nak belanja makan2 ? 😁 #elizadivfjourney #sakitnyatuhdisini #moveon #staypositive #trustinAllahplan #vroomvroom

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on

Penyampai radio SINAR itu difahamkan berbadan dua selepas menjalani sesi rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).

Namun begitu, Elizad sentiasa bersangka baik dan tidak akan berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata. Elizad akan menjalani rawatan IVF lagi sekali yang dijadualkan pada bulan Januari 2021.

“Tak mengapa, Insya-Allah ada rezeki lain. Husnuzon, bersangka baik. I will never give up. I will always be positive & will keep on praying.

“See you again Doctor on January 2021. Thank you to those who been very supportive & keep praying for my IVF journey,” beritahunya.

Sebelum ini, Elizad menjalani sesi IVF pada 21 Oktober lalu di sebuah hospital swatsa.

Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.

Sumber: Instagram / Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }