Primadonna Malaysia, Erra Fazira rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dan turut mengucapkan kata penghargaan buat petugas barisan hadapan dalam memerangi penularan wabak COVID-19.
Ucapan penghargaan itu dimuat naik menerusi sebuah entri di laman Instagram kepunyaannya.
Erra berkata dia amat bangga menjadi rakyat Malaysia dan Malaysia dilihat sebagai negara contoh dalam menangani COVID-19.
“Terima kasih Malaysia. Terima kasih frontliner. Terima kasih kepada semua yang bersatu hati berkorban untuk memerangi COVID-19.
“Malaysia antara negara contoh menangani COVID-19 dengan cara yang aman dan terbaik. Alhamdulillah.
“Kita belum menang tapi kita boleh menang! InsyaAllah! Perjuangan belum berakhir! Saya kagum, bangga, rakyat Malaysia kebanyakan (ada segelintir yang tidak, sudah tentu!) berhati lembut, taat dan sedia memberi kerjasama demi kebaikkan bersama.
“Jujur. Saya bangga menjadi rakyat malaysia! Moga kita menang! Moga kita terus perangi COVID-19! Allahuakbar!” tulisnya,
Walaupun, kita masih belum menang tetapi Malaysia sedang dalam peringkat pemulihan daripada penularan wabak COVID-19.
Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan pada 9 Jun dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula pada 10 Jun hingga 31 Ogos.
Semoga kita dapat teruskan usaha dalam memerangi COVID-19 sehingga kita menang daripada wabak ini.
Sumber: Gempak / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.