Pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah sudah mengesahkan bahawa hatinya sudah dimiliki seseorang dan secara tidak langsung mendedahkan status hubungan mengenai dirinya.
Menerusi Facebook Live bersama Ustazah Asma’ Harun, Mira menjawab soalan ustazah Asma mengenai hubungan bersama teman lelaki dan juga pertunangan.
"Iya.. dah berpunya, bertunang? Kiranya tapi sudah berjumpa dan berbincang sesama keluarga," jawab Mira.
Ustazah Asma segera menjelaskan bahawa menurut Islam, persetujuan sesama keluarga merupakan antara tanda ikatan pertunangan sudah terjalin.
"Dalam Islam, kalau dah ada persetujuan itu kira dah bertunang la tu... dah ada ikatan perjanjian persetujuan dengan keluarga cuma mungkin dari sudut adat belum lagi.
"InsyaAllah kita doakan Allah mempermudahkan tahun 2020 ni juga Mira akan bergelar isteri mendirikan rumah tangga... kita sama-sama doakan," kata ustazah.
Sejak semalam klip video Facebook Live itu tular di media sosial.
Wah! Tak sabarnya nak dengar berita lebih lanjut.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.