Ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman atau lebih mesra dikenali sebagai Dida menyatakan dirinya sudah selamat kembali ke Malaysia setelah tiga bulan berada di Indonesia.
Dida terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan untuk pulang ke rumah.
"Alhamdulillah, Umi sudah berada di Malaysia. Harus menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum pulang ke rumah.
"Terima kasih Bunga kerana menjaga Umi selama hampir tiga bulan di rumah kamu," tulisnya dalam perkongsian di Instagram.
Alhamdulillah. Umi is back home in Malaysia now. In quarantine next 14 days before going home. Thank you for taking care of Umi, Bunga, for almost 3 months in your home. Syukur Alhamdulillah, Im grateful to spend so much time close to you and Noah and with your family too. To spend whole month of Ramadan, read Yasin together for Alm Ashraf, prayed together, sahur together and spent a most beautiful Eidil Fitri together. There was so much love for Alm Ashraf even he was not there but his presence was felt. Its time for Umi to spend time with Daddy, Aishah, Adam, Soraya, Aina, Yuna and Shahnaz for they have missed Umi very much too! But Umi is not saying 'good-bye'... InsyaAllah I will see you and Noah, soon. Take care. We love you forever.
A post shared by Khadijah A Rahman-Sinclair (@dida_sinclair) on
Selain itu, Dida menzahirkan rasa bersyukur kerana berpeluang menemani menantunya, Bunga Citra Lestari dan cucu lelakinya, Noah Sinclair ketika bulan Ramdan yang mulia serta sambutan Hari Raya Aidilfitri.
"Syukur Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dapat meluangkan banyak masa bersama kamu, Noah dan keluarga kamu juga.
"Kita penuhi bulan Ramadan, membaca Yasin bersama untuk arwah Ashraf, solat bersama, sahur bersama dan meraikan keindahan Aidilfitri bersama.
"Terlalu banyak rasa cinta untuk arwah walaupun dia sudah tiada di sini lagi tapi keberadaannya tetap dirasai," tulisnya di Instagram.
Tambah Dida, ini masanya bagi dia meluangkan masa bersama keluarga di Kuala Lumpur yang sudah lama memendam rasa rindu.
"Ini masa untuk Umi luangkan waktu bersama Daddy, Aishah, Adam, Soraya, Aina, Yuna dan Shahnaz. Mereka juga terlalu merindui Umi!
"Ini bukan ucapan selamat tinggal. Insya-Allah saya akan jumpa kamu dan Noah lagi. Jaga diri dan kami sayang kamu selamanya," tulisnya lagi.
Dida setia menemani BCL dan Noah yang menetap di Indonesia sejak hari pertama arwah meninggal dunia.
Terdahulu, Dida berkongsi memberi hadiahkan lukisan bunga lili kuning kepada Bunga serta mengadakan tahlil sempena 100 hari pemergian arwah.
Bunga turut memuat naik video khas buat arwah sempena meraikan Syawal pertama tanpanya di laman Youtube yang mengundang rasa sebak warga net.
Sumber: Gempak / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.