Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair memberi tamparan keluarga terutama isteri dan anak tercinta, Bunga Citra Lestari dan Noah, malah kepada semua yang mengenalinya terutama rakan selebriti dan peminat dari Indonesia dan Malaysia.
Tidak terputus juga kasih dan rindu seorang ibu kepada anaknya. Ibu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman melukis foto bunga lili berwana kuning yang berada di pusara anak lelakinya.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Khadijah atau lebih mesra dikenali sebagai Dida menyatakan lukisan itu dilukis dan diwarnakan olehnya sebagai pemberian hadiah kepada menantunya, Bunga Citra Lestari (BCL) sebagai tanda ingatan kepada arwah memandangkan keadaan pandemik ketika ini, mereka tidak dibenarkan menziarahi pusara arwah.
"Saya melihat bunga lili kuning ini di pusara awak. Saya lukis dan mewarnainya, untuk Bunga.
"Oleh kerana kami tidak dapat menziarahi awak kerana 'lockdown', sekurang-kurangnya saya harap lili manis ini akan selalu mengingatkan kita pada awak. Rehat dengan tenang. Amin,"tulisnya.
Selain itu, Dida mendedahkan sempena 100 hari pemergian arwah Ashraf, mereka sekeluarga bersama-sama membuat tahlil di rumah menggunakan aplikasi Zoom.
"100 hari telah berlalu. Ashraf, kami merindui awak. Alhamdulillah, kami mempunyai kumpulan kecil membaca yasin dan tahlil melalui Zoom.
"Ia cantik dan merendah diri. Saya percaya awak juga bersama kami. Assalamualaikum. Al-Fatihah," tulisnya lagi.
Dida setia menemani Bunga dan cucunya, Noah Sinclair yang menetap di Indonesia sejak hari pertama arwah meninggal dunia.
Bunga turut memuat naik video khas buat arwah sempena meraikan Syawal pertama tanpanya di laman Youtube.
Sumber: Instagram / Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.