Penyanyi popular, Ezad Lazim menerima berita sedih bahawa ibu tercinta telah dijemput Illahi kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Ezad ketika dihubungi Gempak berkata dia dan isteri serta anak-anak sedang dalam perjalanan pulang ke Alor Setar, Kedah.
Menurut Ezad, dia menerima berita duka tersebut apabile dihubungi kakaknya selepas solat Subuh hari ini.
“Selepas selesai solat Subuh pagi tadi, saya dapat panggilan telefon daripada Kak Long beritahu Mak dah tak ada.
“Kak Long beritahu Mak jatuh dalam bilik air dan kemudiannya terus tidak sedarkan diri. Dan selepas diperiksa, Mak sudah pergi meninggalkan kami,” katanya.
Ezad turut berkata bahawa Allahyarham ibunya menghidap penyakit darah tinggi. Tambah Ezad, kali terakhir dia bertemu ibunya ialah beberapa hari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
“Mak datang rumah kami, katanya mahu melawat rumah baru kami,” katanya sebak.
Dalam pada itu, Ezad mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan peminat yang menitipkan ucapan takziah.
“Terima kasih kepada yang mendoakan dan menghantar ucapan takziah. Doakan perjalanan kami. Allahyarham akan dikebumikan sebaik sahaja kami tiba di Alor Setar,” katanya.
Ezad turut berkongsi berita sedih ini di laman sosial Facebook kepunyaannya.
“7/8/2020…Ya Allah kemarin (semalam) setahun Abah pi tinggai kami..Hari ni Mak kesayangan ikut jejak, Al-Fatihah,” tulisnya.
Tahun lalu, bapa Ezad, Mohd Lazim Ismail telah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 6 Ogos 2019.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.