Pasangan selebriti terkenal Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi. Berita gembira tersebut diumumkan sendiri oleh Zaskia dan Irwan menerusi akaun Instagram kepunyaan mereka.
Selepas 10 tahun penantian, Zaskia mengatakan kurniaan Tuhan ini adalah hadiah paling luar luar biasa buat dia dan suami.
Menurut Zaskia, dirinya tidak dapat mengungkapkan perasaannya dan amat bersyukur dengan segala rintangan dilaluinya selama 10 tahun bersama Irwan.
“Alhamdulillah, rintangan yang harus kami lewati cukup banyak. Usaha yang harus kami jalani sudah tak terhitung. Sepanjang hampir 10 tahun lamanya kebersamaan ini, akan ada kebahagiaan kecil yang akan hadir menghampiri.
“Akhirnya. Alhamdulillah aku hamil. Perjuangan mendapatkan garis dua ini tidak sia-sia,” tulisnya.
Zaskia turut menzahirkan kata terima kasih kepada suami tercinta yang sentiasa berada disampingnya selama ini dan mendoakan agar bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat.
“Ini jadi hadiah paling luar biasa bagi kami. Terima kasih untuk kamu (Irwansyah) yang selalu bersedia menemaniku mewujudkan kehamilan ini. Dan buat kamu yang masih belum dapat ku sentuh, tumbuhlah sehat selalu.”
Irwansyah turut berkongsi sebuah video di Instagram, mengumumkan kehamilan isterinya itu disertakan dengan kata-kata terima kasih kepada pihak yang mendoakan mereka selama ini.
Terdahulu, Irwansyah dan Zaskia telah mengikat tali pernikahan pada 15 Januari 2011. Zaskia juga mengambil keputusan untuk mencuba rawatan bayi tabung uji atau IVF tahun ini.
Sumber: Gempak / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.