Pereka fesyen jenama terkenal Rizman Ruzaini, Wan Ruzaini Wan Jamil meluahkan rasa syukur selepas mengumumkan bahawa isteri tercinta, Hidayati Yahya ataupun lebih mesra dikenali sebagai Deq Da sedang hamil empat bulan.
Berita gembira itu dikongsikan dalam sebuah perkongsian di laman Instagram kepunyaan Ruzaini.
“Empat tahun berdoa dan menunggu dengan penuh kesabaran, Alhmdulillah, doa kami, doa dari keluarga serta rakan-rakan dan semua mereka yang mendoakan telah Allah makbulkan empat bulan yang lalu.
“InsyaAllah akan kami pelihara rezeki dari Allah ini dengan penuh sulaman kasih sayang dan didikan agama selayaknya seperti yang dituntut.
“Kami dengan rasa rendah diri, ingin memohon agar semua rakan taulan dapat terus berdoa supaya bayi dalam kandungan ini cukup sifat, sihat walafiat dan diberi kecerdikan akal.
“Jika dia seorang lelaki, semoga menjadi Al-Fateh untuk agama dan negara, dan jika dia perempuan, semoga dia menjadi bidadari yang dirindui syurga.
“Untuk isteriku, moga selamat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kandungan zuriat kita bersama,” tulisnya.
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. QS. An-Naml 27:19) Tiada kata setinggi bahasa yang dapat kami coretkan untuk digambarkan perasaan syukur yang tidak terhingga dengan rezeki terbesar dari Allah S.W.T kepada kami. 4tahun berdoa dan menunggu dengan penuh kesabaran, Alhmdulillah, doa kami, doa dari keluarga serta rakan2 dan semua mereka yang mendoakan telah Allah makbulkan 4bulan yang lalu. InsyaAllah akan kami pelihara rezeki dari Allah ini dengan penuh sulaman kasih sayang dan didikan agama selayaknya seperti yang dituntut. Kami dengan rasa rendah diri, ingin memohon agar semua rakan taulan dapat terus berdoa supaya bayi dalam kandungan ini cukup sifat, sihat walafiat dan diberi kecerdikan akal. Jika dia seorang lelaki, semoga menjadi Al-Fateh untuk agama dan negara, dan jika dia perempuan, semoga dia menjadi bidadari yang dirindui syurga. Untuk isteriku, moga selamat dan dipermudahkan segala urusan sepanjang kandungan zuriat kita bersama. in shaa Allah Amin..ya Rabbal alamin ... #ruzainideqda Terima kasih photography blackpepperproduction ,makeup oleh @bobocinta dan penata gaya @rizman.n @aizataidid @xeliciousxass
A post shared by وان محمد روزايني وان جميل (@jamil.ruzaini) on
Bahkan rakan kongsi Ruzaini, Rizman Nordin turut memanjatkan kesyukuran di atas kurniaan rezeki yang diberikan Illahi buat dirinya dan isteri serta meluahkan rasa gembira terhadap berita itu.
“Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT, pemilik sekalian alam yang maha adil lagi saksama.
Sesungguhnya perancangan Allah itu begitu indah. Mengurniakan pada hamba-hambaNya yang memohon, tepat pada masanya,” tulisnya dalam sebuah entri di Instagram.
Perkongsian dua sahabat baik itu dibanjiri dengan ucapan tahniah serta doa daripada rakan-rakan artis dan warga net.
Tahniah diucapkan kepada Ruzaini dan Deq Da atas kurniaan yang paling indah Allah SWT.
Sumber: Gempak / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.