Minggu lalu, kecoh dimedia sosial apabila tular foto yang dipercayai adalah Aliff Aziz, dilihat bertatu dengan ukiran nama ‘Bella’.
Foto yang mengundang rasa kurang senang orang ramai itu nyata telah menarik perhatian bekas isteri Aliff Aziz sendiri, iaitu Bella Astillah.
Dipetik daripada Instagram Bella, beliau menyatakan bahawa tidak salah sekiranya beliau dan orang sekeliling bersama-sama memberikan kata semangat kepada bekas suaminya itu.
"Hai, Assalamualaikum... Saya rasa tak sihat... Okay tadi saya baru je block satu komen ni, dia cakap, eee peninglah kau ni Bella...
"Apa yang dia cakap eh, Bella ni pelupa... (komen mengenai isu Aliff)
"Macam ni... Ya Allah, Bella post tu pun salah ke? Macam mana eh? Pada Bella tak salah untuk kita bagi kata-kata semangat...
"What do you expect me to do? You want me to kecam ke? You want me to ketawa ke... Haha padan muka?
"Astaghfirullahahadzim... No... Mama dengan ayah Bella tak besarkan Bella untuk ketawa dengan penderitaan orang lain.
"Ya Allah, Bella rasa macam... Kenapa? You suka ke tengok orang lain jatuh? Tengok orang lain... I tak tahu...
"Tapi kalau korang, bukan semua, ada segelintir, kalau anda tengok video Aliff, dan anda macam tak ada perasaan, atau pun anda gembira atau pun anda rasa ia kelakar, I tak tahu. Sebab kalau anda tanya Bella, Bella ada perasaan.
"Bella sangat sedih untuk tengok apa yang jadi kepada Aliff. Sebabnya, kita tak akan tahu... Kita ke, keturunan kita ke, atau kawan-kawan dekat kita, boleh jadi benda yang sama.
"Jadi, apa salahnya kita doakan yang baik-baik. Kalau kita tak nak doa yang baik-baik pun, kalau kiita tak boleh cakap yang baik-baik pun, kita teruskan berdiam sahaja. Betul tak?
"Jadi, itu sahajalah. Bye, Assalamualaikum, have a good weekend," kata Bella.
Bella juga sudah memaafkan Aliff Aziz dan juga memberikan kata semangat buatnya.
Terdahulu, foto yang menunjukkan terdapat ukiran nama “Bella” pada dada itu dinafikan oleh Aliff bahawa ia adalah tatu, sebaliknya hanya ukiran inai yang boleh dipadam. Ia juga disahkan oleh @leahenna_artist yang mengaku bertanggungjawab membuat ukiran tersebut pada dada Aliff Aziz.
Kredit foto: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.