Rapper popular tanah air, Joe Flizzow akhirnya menamatkan zaman bujangnya, sudah sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Marini Ramlan.
Berita gembira itu dikongsi di Instagram kepunyaan adik Marini sebentar tadi.
"Vibe kahwin COVID. Dah anggap awak sebagai abang saya sebelum ini, tapi apapun selamat datang ke keluarga kami secara rasmi Joe.
"Kepada Marini, awak adalah pengantin paling cantik pernah saya lihat," katanya.
Menerusi gambar pada posting tersebut, dapat dilihat majlis akad nikah dilihat dilakukan secara serderhana memandangkan Malaysia masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Kedua-dua mempelai kelihatan sangat segak dan cantik menggayakan baju melayu dan baju kurung pahang berwarna krim.
Terdahulu, Joe telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Marini Ramlan pada 28 Disember 2019.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.