Juara Heavyweight dunia, Mike Tyson mengakui bahawa komen terhadap fizikalnya menjadi punca dia mula mengurangkan berat badan.
Namun, Mike tidak langsung berasa kecil hati dengan komen-komen itu. Bahkan, dia menjadikan ia sebagai sumber inspirasi ke arah yang lebih baik.
“Jika ada yang mengenali saya dan tak tegur mengenai tubuh badan yang semakin gemuk, saya tak mahu jadi kawan mereka.
"Mungkin body shaming menyakitkan hati anda, tapi ia membantu saya. Saya tak pandang secara negatif," katanya.
Sebelum ini, Mike pernah mendedahkan bahawa pengaruh dadah dan alcohol menjadi punca kepada peningkatan berat badannya.
Lain daripada itu, dia turut berancang untuk kembali beraksi ke gelanggang. Namun, perancangan tersebut terpaksa ditunda sehingga November akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Menurut kata Mike, dia akan menggunakan masa yang ada ketika ini untuk mempersiapkan dirinya menjelang hari kemunculan yang dinanti-nantikan orang ramai.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.