Pelakon dan pengacara, dengan sekali lafaz Mira Filzah sudah sah menjadi isteri kepada Wan Emir Astar, di Pusat Konvokesyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 3 September malam.
Dalam majlis yang bertemakan Mihrab Cinta itu pihak perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin serta 9 dulang berbalas 11 dulang. Bagaimana pun wang hantaran dirahsiakan.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya Badioezaman Ab. Khalik bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.
Busana putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menjadi pilihan pengantin sedondon pada malam pernikahan tersebut.
Majlis pernikahan tersebut dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan-rakan rapat, selebriti dan rakan media.
Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.
Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.
Sumber: Gempak
Foto: Instagram Mira Filzah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.