Penyanyi lagu Sumpah iaitu Naim Daniel meluahkan rasa penuh syukur apabila berjaya memiliki rumah idaman pada usia 22 tahun.
Menerusi akaun miliknya di Instagram, Naim memuat naik gambar dirinya berdiri di hadapan kediaman tersebut dengan kapsyen ringkas.
“Alhamdulillah. Bought my first house. Assalammualaikum.”
Ruangan komen posting tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis yang berkongsi rasa gembira atas usaha Naim Daniel selama bergelar sebagai anak seni di dalam industri hiburan tanah air.
Sumber: Instagram Naim Daniel
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.