Pasangan selebriti Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakhrie telah mendirikan rumah tangga selama sepuluh tahun dan sentiasa kelihatan sungguh mesra di media sosial.
Namun, agak mengejutkan apabila baru-baru ini Ardi telah memberi bayangan ingin mencari isteri kedua.
Tetapi ini tidak membuat Nia rasa marah mahupun gelisah, malah pelakon Sinetron itu siap bertanya suaminya tentang ciri-ciri idaman wanita lain yang ingin dijadikan isteri kedua.
Pada pendapat Nia, seorang wanita hanya perlu percaya dan yakin dengan diri sendiri dalam kehidupan berumah tangga.
"Sebagai wanita, kita hanya perlu percaya pada diri sendiri terutamanya apabila bergelar seorang isteri, kita harus yakin dengan diri sendiri tanpa perlu memikirkan tentang wanita lain," katanya.
Sebelum ini, Nia dan Ardi mendirikan rumah tangga pada 1 April 2010. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Nia dan Ardi juga sering dilihat sebagai pasangan yang sangat romantis dengan berkongsi setiap detik manis di media sosial.
Sumber: liputan6.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.