Penyanyi popular Nora Ariffin amat bersyukur selepas menantunya Putri Eilya Sofea selamat melahirkan anak pertama di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada hari Rabu, 26 Ogos.
Nora berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah posting di Instagram dan meluahkan rasa rindu terhadap Allahyarham suaminya, Johan Nawawi. Nama diberi kepada bayi lelaki yang comel itu adalah Ayden Johan.
“Subhanallah. MasyaAllah. Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. I am so happy dan rasa sangat bersyukur di atas kurniaan ini.
“Happy. hanya Allah yang tahu. Hari ni 26 Ogos 2020 hari bersejarah untuk kami sekeluarga.
“Pa, kita dah dapat cucu dah. Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute dan macam Iman.
“Sama macam kita sambut Iman dulu. Congrats to my dearest son Syakir Iman dan Putri Eilya Sofea,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Nora turut memberi kata-kata nasihat kepada anak dan menantunya disamping itu menitipkan ucapan tahniah kepada kedua-dua besannya.
"A new day has become. Tahniah juga to my lovely besan Puan Lena @azlena_tay & En Azman sekeluarga.
“Sesungguhnya anak itu anugerah & amanah dari Allah. Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri dan kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami.
“Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat.Allahuakbar...Allahuakbar…Wan....happy dan sangat teruja!
“Wan nak Ayden jadi anak yang baik dan soleh ye macam arwah Atok, Johan Nawawi.
“Terima kasih kepada semua tenaga kerja HUKM yang sangat membantu permudahkan perjalanan menantu saya Eilya Sofea.
“Terima kasih juga kepada yang telah memberikan ucapan tahniah serta doa. Welcome AYDEN JOHAN to the new world.
“Al- fatihah buat Johan Nawawi dan Syakir Alif…We Miss you so much,” tulisnya.
Anak sulung Nora, Syakir Iman menikah dengan wanita pilihannya Putri Eilya Sofea pada Januari 2019 selepas dua tahun mengikat tali pertunangan.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.