Penyanyi soul, Bill Withers yang popular dengan lagu malar segar Ain’t No Sunshine dan Lean On Me, dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Penyanyi Anugerah Grammy berusia 81 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Los Angeles, Amerika Syarikat yang disedia maklum oleh ahli keluarga kepada Associated Press.
Pihak keluarga berduka cita memaklumkan pemergian seorang suami dan bapa itu dalam satu kenyataan media.
"Hasil karya mendiang sering menjadi sumber inspirasi untuk menghubungkan masyarakat dunia.
"Kami berharap pada waktu sukar ini ketika dunia sedang memerangi penularan COVID-19, muzik hasil mendiang dapat memberi ketenangan dan hiburan buat peminat untuk terus bersama dengan keluarga mereka," ujarnya.
Pemenang Anugerah Grammy tiga kali itu meninggalkan seorang balu dan dua orang anaknya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.