Penyanyi kumpulan OAG, Radhi berdepan dengan masalah penglihatan akibat katarak dan sedang berusaha mengumpul wang bagi menampung kos rawatan pemebedahan mata kanannya itu.
Memetik laporan Harian Metro, Radhi berkata dia mula perasan sekitar bulan Mac lalu bahawa mata kananannya tidak dapat berfungsi dengan baik. Bahkan, dirinya tak dapat nak kawal keseimbangan badan ketika berdiri.
"Tiba-tiba penglihatan mata kanan saya jadi gelap dan kabur. Saya juga tidak dapat mengawal keseimbangan badan ketika berdiri dan memegang barang.
"Jadi saya dapatkan rawatan di hospital dan doktor memberitahu saya mengalami masalah katarak selain perlu menjalani pembedahan.
"Dianggarkan kos pembedahan itu sebanyak RM3,000. Jadi sekarang saya sedang usaha mengumpul wang secepat mungkin kerana bimbang masalah lain timbul," katanya.
Bagi Radhi, apa yang berlaku pada dirinya ketika ini dianggap sebagai satu petunjuk daripada Allah SWT supaya dia menjadi insan yang lebih baik.
"Saya anggap penyakit ini satu hadiah daripada Allah. Mungkin Dia nak beritahu saya, kalau masih teruskan kehidupan begitu (masa lampau), masa depan saya boleh gelap.
"Doakan semoga mata kanan saya kembali normal supaya saya dapat menikmati kehidupan dengan jalan yang baik dan diredai," katanya.
Dalam perkembangan lain, Radhi bakal muncul dengan sebuah konsert dalam talian pada 30 Ogos ini.
Konsert dinamakan Maya Konserto OAG Mods menampilkan Radhi bersama rakan-rakan seperti Baba Andy (Flop Poppy), Emri Shamreza (Blind Tribe) dan Nazrin (OAG).
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.