Selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Indonesia Randy Pangalila mengumumkan isterinya Chelsey Frank kini hamil cahaya mata pertama mereka.
Randy berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya dan meluahkan perasaan teruja untuk bertemu anak mereka.
"Seorang juara bakal dilahirkan, tak sabar nak bertemu dengan awak. Ya saya akan menjadi ayah!" tulisnya.
Randy dan Chelsey Frank, seorang wanita berasal dari Kanada berkahwin pada 19 Januari 2019.
Majlis perkahwinan mereka diadakan dalam majlis sederhana yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat di Bali.
Randy terkenal dengan lakonannya dalam drama Sinetron yang amat digemari oleh peminat dari Malaysia seghingga pernah bekerjasama dengan Elfira Loy menerusi telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang dan Dalam Hati Ada Taman pada tahun 2011.
Sumber: mStar / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.