Regis Philbin, personality TV terkenal dengan kerjayanya sebagai seorang pengacara dalam industri hiburan selama enam dekad, meninggal dunia pada usia 88 tahun pada hari Jumaat, 24 Julai.
"Kami sangat sedih untuk memberitahu bahawa Regis Philbin yang kita sayangi meninggal dunia malam tadi kerana sebab-sebab semula jadi, satu bulan sebelum menyambut ulang tahunnya yang ke-89," kata keluarganya kepada E! News.
Kenyataan keluarga Philbin disimpulkan dengan, "Kami mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya atas sokongan yang luar biasa mereka selama 60 tahun kerjayanya dalam industri dan meminta privasi ketika kami meratapi kehilangannya."
Philbin paling terkenal sebagai hos di rancangan ABC’s Live di mana dia muncul dari tahun 1988 hingga pemergiannya dari rancangan tersebut pada tahun 2011 bersama co-host nya Kathie Lee Gifford dan Kelly Ripa.
Philbin adalah wajah yang tidak asing lagi di televisyen kerana dia juga berkhidmat sebagai pengacara bagi rancangan Who Wants to Be a Millionaire dan America's Got Talent dan sering muncul sebagai hos tamu di rancangan lain, termasuk The View dan Rachael Ray.
Sumber: E! News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.