Christiano Ronaldo bakal membuka sebuah hotel mewah bernilai £27 juta (RM148.2 juta) berhadapan Piccadilly Gardens di Manchester.
Bekas penyerang Manchester United akan bekerjasama dengan syarikat percutian dan perlancongan Portugal, Pestanan dalam melancarkan hotel 11 tingkat berstatus empat bintang tersebut.
Hotel CR7 Pestana itu berkonsepkan gaya hidup mewah dan bakal dibuka pada tahun 2023 di Manchester selepas kejayaan hotel Ronaldo do Madeira, Lisbon, Madrird, New York, Marrakesh dan Paris.
Ronaldo beraksi selama enam tahun di Old Trafford, menjaringkan 119 gol dan memenangi sembilan trofi sekali gus menjadi pilihan firma berkenaan.
Menurut catatan di laman web Pestana menjelaskan pemain bola sepak itu mahu menjadikan Manchester sebagai lokasi seterusnya bagi hotel baharu.
"Cristiano Ronaldo memulakan karier antarabangsanya di bandar ini bersama Manchester United pada 2003 dan pertama kali menggunakan nombor 7," katanya.
Manchester bukan sahaja dikenali dengan bola sepak, ia juga popular sebagai bandar muzik, tempat tercetusnya revolusi industri dan salah satu tempat terbesar bagi komuniti China di Eropah.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.