Pelakon Sarah Hildebrand meluahkan rasa rindu pada ayahnya yang kini berada jauh di Amerika Syarikat.
Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, memuat naik sebuah foto bersama ayahnya di Instagram berserta doa agar hasratnya untuk pulang berjumpa ayahnya dalam masa terdekat termakbul.
"Aku sepatutnya memeluk lebih erat dan lebih lama lagi ketika kali terakhir aku bertemu ayah. Ya Allah, tolong benarkan aku bertemu ayah sekali lagi, dalam masa terdekat.
"Ya Allah, murahkan rezekiku untuk ke Amerika agar aku boleh bersamanya dan menghabiskan masa bersamanya sekali lagi.
"Saya amat merinduinya, tolong berikan dia kesihatan dan jauhkan dirinya daripada segala keburukan," tulisnya di ruangan kepsyen.
Menurut Sarah lagi, dia juga berharap pandemik Covid-19 ini segera berakhir agar urusan perjalanannya untuk bertemu bapa selepas ini dipermudahkan.
"Ya Allah, murahkan rezeki kerja, agar aku mampu hidup selesa tanpa hutang dan belanja pulang ke rumah bertemu ayah.
"Tolong pulihkan dunia daripada wabak penyakit dan mudahkan urusan untuk merentas ke luar negara agar saya dapat pergi berjumpa ayah dalam masa terdekat," luahnya.
Rata-rata pengikutnya, aminkan doanya dan turut mendoakan agar hasratnya itu tertunai.
Sarah merupakan pelakon kelahiran kacukan Amerika-Melayu. Bagaimanapun, ibu bapanya dikatakan berpisah sejak usianya 8 tahun. Pada 3 November 2019, Sarah mendirikan rumah tangga dengan lelaki kacukan Filipina-Amerika.
Sumber: Gempak / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.