Lagu Bidadari Syurgamu yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi semakin rapat di hati pendengar di Malaysia.
Buktinya semakin ramai menyanyikan semula atau ‘cover’ lagu tersebut, bahkan penyanyi Misha Omar turut melakukan cover lagu itu.
Namun, baru-baru ini ada satu video yang menarik tumpuan warga net apabila seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) bernama Suhaila nyanyikan lagu popular itu.
Gadis itu merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Khas Setapak, video rakaman dia menyanyikan lagu Bidadari Syurgamu tular di media sosial apabila dimuat naik di saluran YouTube cikgunya.
Video rakaman persembahan pelajar tersebut menjadi viral dan menarik perhatian penyanyi asalnya apabila Datuk Siti sendiri memberi respon positif menerusi satu posting di Twitter.
“MasyaAllah kurniaan Istimewa” balas Datuk Siti di Twitter.
Sementara itu, rata-rata netizen tersentuh dengan nyanyian adik Suhaila apabila dapat menyampaikan lagu tersebut dengan baik.
Sumber: Twitter / Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.