Nama Sugu Pavithra sudah menjadi ikonik di Malaysia selepas beberapa kali tular di media sosial dengan video masakan di Youtube.
Kali ini, S. Pavithra mencuri perhatian netizen sekali lagi selepas tampil dengan wajah dan penampilan yang berbeza.
Menerusi kemas kini terbaru laman sosial Instagram (IG) jurusolek selebriti terkenal Razzi Musa, dia memuat naik hasil wajah cantik Pavithra selepas disolek.
Dalam sesi fotografi berkenaan, Pavithra telah disolek dan disarungkan dengan pakaian rekaan pereka ternama antaranya Bernard Chandran, Wanpa dan Rizman Ruzaini. Sesi itu hanya dijalankan di sekitar kediaman yang mereka baru berpindah seminggu lalu.
Netizen turut tinggalkan komen positif dan memuji tnaformasi wajah anggun dan jelita Pavithra yang kelihatan seperti model terkemuka.
Sumber: Gempak/ Instagram / Pepatung
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.