Penyanyi, Aufahanie menyifatkan abangnya, Muhammad Nidza Afham Mokhtar sebagai insan paling baik pernah ditemui sepanjang hayatnya.

Berusia 22 tahun, Aufahanie berkongsi abangnya Nidza Afham yang juga anak kelima daripada tujuh bersaudara itu menjadi tempatnya meminta bantuan pada bila-bila masa.
“Dia adalah manusia paling baik hati dalam dunia ini. Bukan sebab dia abang saya, tapi memang dialah manusia paling baik saya pernah jumpa.
“Kawan gelak, kawan nyanyi, nak pinjam itu ini, minta hantar sana sini, semua dia buat tanpa keluh kesah,” katanya.
Malah, semua suka duka dikongsi mereka bersama disebabkan hubungan adik-beradik yang sangat akrab.
Kehilangan insan tersayang sekelip mata pasti membuatkan hati meruntun dan tangisi pemergiannya.
Al-Fatihah! Salam takziah daripada kami di SINAR, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.