Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

Pelakon Veteran Abu Bakar Omar Meninggal Dunia Jumaat Pagi

Al-fatihah
nura
16 Apr 2021, 12:01 PM

Pelakon veteran tanah air, Abu Bakar Omar menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 9.04 pagi tadi di Kedah Medical Centre, Alor Setar, selepas mengalami masalah jantung.

pelakon veteran abu bakar omar meninggal dunia jumaat pagi

Menurut hantaran anaknya, Mohd Zainuddin Abu Bakar di akaun Facebook, jenazah akan disemadikan dan disolatkan sekali lagi di Masjid Al Ghufran di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Jalan Pegawai, Alor Setar selepas solat Asar.

"Mohon doakan ayahanda kami diampuni segala khilafnya, ditempatkan bersama para solihin.

"Bagi pihak keluarga, kami memohon maaf atas segala salah silap almarhum ayahanda kami sepanjang hayat beliau bersama masyarakat warga nusa ini," tulisnya.

 

انالله و انا اليه راجعون Dikemuliaan pagi Jumaat 4 Ramdhan 1442H bersamaan 16 April 2021 jam 9.04 pagi.. Dengan sedih...

Posted by Mohd Zainuddin Abu Bakar on Thursday, April 15, 2021

 

Allahyarham berusia 72 tahun itu terkenal dengan lakonan drama dan filem sejak tahun 80-an.

Antara drama dan filem lakonannya ialah Opah, Cinta Kolestrol, Hingga Hujung Nyawa, Duyung Pak Keoi, Anak Jantan Pak Dee dan Mana Mau Lari.

Allahyarham juga pernah membintangi filem Leftenan Adnan, bersama pelakon, Hairie Othman.

Abu Bakar pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Sri Angkasa 1983 - Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) pada 1983, Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Radio) (1990), dan Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin pada 2012.

Rakan artis, Fauziah Ahmad Daud turut memaklumkan berita dukacita itu di Facebook. 

 

Abang Bakar Omar Dah Tiada 😢 Beruntungny Abang Dipanggil Pulang Pada Hari Jumaat Dibulan Ramadhan Banyak Sungguh...

Posted by Fauziah Ahmad Daud on Thursday, April 15, 2021

 

Al-Fatihah.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.