
Achey telah menghadiahkan sebuah kereta mewah model Audi TT kepada isterinya sempena ulangtahun kelahiran isterinya semalam. Dianggarkan kereta mewah itu bernilai RM285000.
Achey berkongsi kejutan itu bersama peminatnya melalui laman Instagram dan ramai peminat yang memuji kesungguhan Achey dalam mencari nafkah untuk keluarganya.
"Hard work paid off. Idola!" puji @fakriashaarii.
"Lu memang awesome husband and buddy bro," puji @mohdfazli1981.
"Peh! Audi tu... Untung isteri Achey," tambah @usailie
Majlis sambutan hari jadi itu bertemakan pakaian sukan serta dihadiri kenalan rapat seperti Johan, Ozlynn, Fad dan Sharif Zero.
Mereka berdua telah mendirikan rumahtangga selama 7 tahun.
Sumber dari Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.