Pengacara, Elly Mazlein membuat ramai peminat terkejut apabila dia bertindak untuk mengundurkan diri sebagai pengacara tetap program All Stars Gegar Vaganza (GV10).
Pihak penyiar stesen televisyen Astro membuat kenyataan rasmi berhubung isu tersebut dan ianya sahih Elly tidak lagi bersama GV10 disebabkan hal peribadi.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, pihaknya memaklumkan berkenaan Elly Mazlein bukan lagi pengacara program realiti itu.
“Dengan rasa berat hati Astro ingin mengumumkan pengunduran Kak Lina (Elly Mazlein) dari program GV10 atas hal-hal peribadi. Walaupun berasa sedih, pihak Astro menghormati keputusan yang diambil.
“Pihak Astro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kak Lina atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza.
“Pastinya para peminat Kak Lina masih berkesempatan untuk menonton personaliti yang disayangi ramai menerusi program-program Astro yang akan datang,” katanya.
Malah, Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom juga mengemukakan permohonan maaf kerana tidak dapat meneruskan tugasnya mengacara GV10 di samping Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang siaran All Stars Gegar Vaganza. Sesungguhnya saya amat menghargainya.
“Insya-Allah, kita doakan GV10 terus berjaya dan saya berharap agar peminat-peminat kekal menyokong semua bintang Gegar Vaganza yang bertanding,” jelas Kak Lina.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.