
Anak merupakan anugerah dari Allah yang tidak ternilai. Tidak semua pasangan bernasib baik dikurniakan zuriat, ada yang cepat dikurniakan zuriat setelah berkahwin manakala ada juga pasangan yang masih lagi menanti zuriat walaupun sudah lama berkahwin.
Sama seperti pelakon Adam Corrie Lee yang berkongsi berita gembira apabila dikurniakan zuriat setelah 10 tahun menanti. Sesungguhnya kesabaran itu membuahkan rezeki yang tidak terkata.Tahniah Adam Corrie! Ikuti perkongsian menarik ini.
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu..
.
Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. 😀 Alhamdulillah .
.
Allah dah bagi honeymoon 10tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.
.
“Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama. Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat. Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah. “
Saya doakan juga mereka yang masih menanti rezeki zuriat semoga Allah berikan zuriat juga.
.
Aamin allahumma aamin
I love you @puan_fazi_fuad
Mr & Mrs Adam Corrie
#adamcorrie #bakaljadiAyah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.