Pelakon, Afifah Nasir yang baru melangsungkan perkahwinan bersama pasangan pilihan dikecam teruk warganet akibat busana nikahnya yang didakwa terlalu seksi.
Malah, beberapa pengikut laman sosial menganggap dirinya seolah-olah tidak menghormati agama kerana berpakaian ‘menjolok mata’ ketika majlis berlangsung.
“Anzalna punya baju akad nikah cantik lagi, lebih sopan. Silap pilih pereka fesyenkah? Seksi sangat,” komen netizen.
“Kasihan, terlampau nak moden. Habis semua orang tidak berkenan dengan baju nikah Afifah,” jelas netizen di komen.
“Nikah adalah syariat Islam. Jadi, kalau boleh pakailah pakaian bertutup walaupun tidak mahu bertudung,” pesan pengikut kepada Afifah.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.