Jurulatih penari popular dalam program Macam Macam Aznil, Ahmad Kassan dilaporkan meninggal dunia.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi di laman media sosialnya.
Mesra disapa Pak Nil, dia berasa sebak dan meluahkan rasa sedih apabila menerima berita duka awal pagi ini.
“Saya baru dapat berita perkhabaran duka tentang pemergian sahabat Pak Nil, Allahyarham Ahmad Kassan yang merupakan antara nadi kuat dalam program Macam Macam Aznil suatu ketika dulu,
“Beliau dikhabarkan meninggal dunia di Singapura. Saya dah lama tak berhubungan dengan dia. Saya cuma dapat perkhabaran tentang diri dia melalui posting dia di Facebook, Instagram.
“Baru sebentar saya menerima khabar duka bahawa beliau telah kembali ke rahmatullah,” maklumnya sedih.
Salam takziah buat keluarga arwah. Al-Fatihah!
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.