Pasangan kekasih Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim akan melangkah ke fasa pertunangan tidak lama lagi.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Zahirah.
“Bagi saya kalau keluarga kami merestui hubungan ini, kalau semuanya berjalan lancar, kami akan membincangkan untuk ke fasa seterusnya, iaitu bertunang. Buat masa ini belum ada perbincangan secara terperinci mengenai itu”
“Tapi dia ada datang bawa keluarga dia berjumpa dan berkenalan dengan ibu bapa saya. Mungkin dia akan datang sekali lagi masa bulan puasa, apapun saya nak habiskan shoot ini Insyallah selepas itu kita tengok macam mana,”
Namun, masih tiada tarikh tetap mengenai perancangan mereka itu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.