Selepas berita tentang bintang popular Bollywood, Amitabh Bachchan dan anaknya Abhishek Bachchan positif COVID-19, kini menantunya yang merupakan bintang Bollywood juga, Aishwarya Rai dan anak perempuannya, Aaradhya telah disahkan positif COVID-19.
Manakala, isteri kepada Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan dan ahli keluarganya yang lain disahkan negatif virus tersebut.
Perkara tersebut disahkan oleh Abhisek Bachchan sendiri menerusi akaun Twitternya pada Ahad lalu.
"Aishwarya dan Aaradhya sah positif COVID-19. Mereka akan menjalani kuarantin di rumah sahaja.
"Pihak BMC (Brihanmumbai Municipal Corporation) telah dimaklumkan mengenai situasi tersebut dan menjalankan perkara yang sepatutnya.
"Ahli keluarga lain termasuk ibu saya (Jaya) negatif," tulisnya.
Ketika ini, Abhishek dan Amitabh masih menerima rawatan di Hospital Super Speciality Nanavati, Mumbai, selepas disahkan positif COVID-19 pada Sabtu.
Sumber: Twitter / Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.