Fairuz A. Rafiq masih belum bersedia memaafkan bekas suaminya Galih Ginanjar.
Walaupun surat permohonan maaf telah diberikan kepada Fairuz namun tiada penerimaan maaf yang diberi.
"Selama ini aku dizalimi, selama ini aku dipijak-pijak harga diri aku sebagai seorang perempuan, selama ini aku berusaha untuk diam,"
Dia juga mengatakan masih menyimpan rasa sakit hati kepada suaminya yang menjadikan isu kemaluan berbau ikan masin pada sebuah rancangan digital.
"Kalian tidak tahu apa yang saya rasakan. Aku berusaha untuk kuat demi anak-anak dan mama.
"Apabila sudah jadi begini baru minta maaf menyesal, jadi sebelum ini kemana? Kerana kalian tidak tahu apa yang aku rasakan," tambah Fairuz.
Kredit Liputan 6.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.