Aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir meninggal dunia di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.
Allahyarham Rosminah yang berusia sekitar awal 60-an baru sahaja meraikan ulang tahun kelahiran pada 13 Mei lalu.
Setakat ini, punca kematian arwah itu belum dipastikan lagi.
Antara rakan penggiat seni yang berkongsi khabar pemergian Allahyarham ialah aktor veteran seperti Fauziah Nawi dan Zulkifli Ismail.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.