Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

cerita artis

“Saya Pernah Lalui Masa Terburuk,” Aliff Aziz Tekad Nak Berubah, Cari Klinik Nak Buang Tatu

Semoga dipermudahkan urusan Aliff
nura
20 Apr 2021, 03:12 PM

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, sedang berusaha mencari klinik yang membuat rawatan pembuangan tatu di kawasan Kuala Lumpur.

“saya pernah lalui masa terburuk,” aliff aziz tekad nak berubah, cari klinik nak buang tatu

Beliau turut memuat naik sebuah hantaran di Instagram (IG) story bertanya pengikutnya mengenai klinik rawatan tersebut.

Memetik laporan Gempak, Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz tidak menafikan atau mengiyakan tentang niat ingin membuang tatu tersebut.

“saya pernah lalui masa terburuk,” aliff aziz tekad nak berubah, cari klinik nak buang tatu

Namun, dia sedang berusaha untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik dan usaha itu datang daripada dirinya sendiri.

“Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi.. Saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup.

“Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pasa masa lalu saya. Jadi, saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat.

“Memang dalam agama pun ada cakap kalau benda itu (buang tatu) memudaratkan, tidak perlu. Saya rasa itu adalah usaha saya.. bukan orang lain atau pun nak buktikan kepada sesiapa.

“Sebab the end of the day, kalau kita buat secara ikhlas orang akan rasa vibes keikhlasan itu,” katanya.

Aliff turut berasa terharu menerima sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Alhamdulillah sejak saya di sini, ramai yang beri sokongan. Daripada keluarga, kawan-kawan, semua bagi sokongan kepada saya,” katanya.

“saya pernah lalui masa terburuk,” aliff aziz tekad nak berubah, cari klinik nak buang tatu

Sebelum ini, Aliff dan Bella Astillah atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, pernah membuat keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lepas. Namun, pada 26 April lalu, Bella memaklumkan dia dan Aliff kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih berada dalam edah.

Hasil perkahwinan Aliff dan Bella, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Aderanna.

Sumber: Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }