Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz akhirnya tampil bersuara dan dia berharap individu mendakwa kekasihnya, iaitu Sarah Yasmine gembira dengan perhatian diraih susulan pelbagai pendedahan mengaibkan di Instagram (IG).

Berusia 33 tahun, Aliff juga memberi peringatan buat Sarah agar sentiasa berwaspada kerana setiap perbuatan pasti ada kesannya.
“Saya harap kau 'enjoy five minutes of fame' (kemasyhuran sementara) dan dapat tidur lena pada waktu malam.
“Tapi kena hati-hati kerana apa sahaja yang kita buat, pasti akan nada kesannya. Kita tidak boleh hendak putar kembali masa.
“Terima kasih dan selamat tinggal,” katanya ketika ditemubual.
Malah, dia juga terkejut dengan pelbagai pendedahan yang Sarah dedahkan kepada umum sehingga melibatkan selebriti lain.
“Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat. Apa niat dia sebenarnya kerana apa yang dilakukannya itu mengeruhkan lagi keadaan.
“Untuk apa dedahkan perkara yang tidak ada kena mengena dengan kau seperti segala mesej perbualan saya. Bagaimana kau boleh kata boleh kata apa yang kau buat itu hanyalah kerana cinta dan ingin membantu?,” katanya.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.