Penyanyi pop Tamil yang menjadi sebutan selepas lagu Amalina nyanyiannya trending di YouTube dengan jumlah tontonan melebihi 11juta, kini muncul dengan lagu Amalina versi Tamil.
Lagu Amalina versi Tamil yang baru je berada di YouTube pada jam 5 petang, 8 Oktober itu telah mencapai lebih 300 ribu tontonan, 25,000 likes dan berada di senarai ke-7 trending dalam tempoh 24 jam.
Amalina mengisahkan percintaan dua bangsa berbeza, antara gadis Melayu dengan lelaki India yang mendapat tentangan keluarga. Versi bahasa Tamil juga dikatakan kesinambungan daripada lagu Amalina versi bahasa Malaysia.
Apa pendapat anda? Versi Tamil atau versi bahasa Malaysia lebih menambat hati?
Kredit: NST
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.